assalamualaikum dan salam 1 Malaysia bangi buncit-ersss..... its the last Monday of February but no Monday blues ya...semoga semua sentiasa ceria dan tabah mengharungi kerja yang tertangguh tuuu...hehehe macam biasa dah tengah hari ni kami ingin membawa anda ke restoran yang menyajikan lauk pauk self servis di seksyen 9 iaitu...Melaka Kitchen...
Melaka Kitchen ni terletak di Seksyen 9 sederet dengan paragon point belakang PKNS Bangi..senang nak locate sebab restoran terletak di tepi jalan..so jom kita terjahhh...
![]() |
bangi buncit xsabar nak terjah Melaka Kitchen nii... |
simple je dekorasi dan suasananya...just nice untuk nak makan dan balik...dan disini banyak meja panjang jadi dah boleh laa sesiapa nak hangkut semua opismate untuk makan disini...oh and..wifii pon ado..
![]() |
juadah lauk pauk self servis |
restoran ini sangat sesuai untuk orang yg dah bekerja yang nak makan nasi dengan lauk masakan Melaka..Melaka sangat terkenal dengan asam pedas so kami pon nak siasat laa Melaka kitchen ni pandai ke x masak asam pedasnyaaa...
and yet they nailed it!!! very much!!....we had so much fun dining there...kepelbagaian masakan yang disediakan sangat menarik selera kami...aroma masak lemak boleh dihidu dari jauh..fuhhh...ada macam macam lauk disediakan disini...masak asam pedas tetel (daging lembu + lemak), asam pedas ikan pari, masak lomak ayam, masak lomak itik, dan macam2 lagi...
![]() |
itik masak lomak dengan daging asam pedas |
kami amik nasi putih, sayur itik masak lemak dan asam pedas tetel....memang kami nak highlightkan disini yang masak lemak mereka sangat sedap!..kuah yang sangat pekat, lemak nya terasa dan juga pedas yang cukup...sangat umpph..menangis kami makan sebab sedap (pedas sebenarnya haha)
masak asam pedas pula memang orang Melaka kata sedap xterkata...daging empuk yang lembut dengan lemaknya bila masuk mulut...cair...haihhh masa menaip ni pon terngiang ngiang sedapnya haha..sangat disyorkan untuk mencuba...bagaikan bulan jatuh ke riba..harganya sangat berpatutan..makan untuk dua orang (itik, asam pedas, telo dadar, nasik, sayur) semuanya rm16.00 sahaja...
![]() |
cukup untuk menggambarkan kesedapan masak lemak sampai Mr Yembi slurpp sampai licin ok...LICIN |
![]() |
di tengah hari panas makan masak lomak dengan Kopi Es laa baru terbaik bak kata Mr. Yembi |
deko/ambience: 7/10
cleanliness: 7/10
taste/texture: 8/10
price : 8/10
OVERALL = 8/10